
Laman web produk kad kahwin, tawaran serendah RM 0.10 sekeping untuk kad terpilih. klik sini... |

Khidmat rekabentuk grafik untuk media cetak dan khidmat membina laman web. klik sini... |
|
|
|
MEMO:
Tempoh tempahan adalah terhad, iaitu 2 minggu atau seminggu sebelum hari raya. Sila buat tempahan awal secepat mungkin. |
|
KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITIRI |
|
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
|
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
|
Kod: PHR 101 |
Kod: PHR 102 |
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
|
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
|
Kod: PHR 103 |
Kod: PHR 104 |
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya. |
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira. |
| Kod: PHR 105 |
Kod: PHR 106 |
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali. |
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja. |
| Kod: PHR 107 |
Kod: PHR 108 |
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara. |
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa. |
| Kod: PHR 109 |
Kod: PHR 110 |
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera. |
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia. |
| Kod: PHR 111 |
Kod: PHR 112 |
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman. |
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya. |
| Kod: PHR 113 |
Kod: PHR 114 |
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang. |
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang. |
| Kod: PHR 115 |
Kod: PHR 116 |
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri. |
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia. |
| Kod: PHR 117 |
Kod: PHR 118 |
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan. |
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan. |
| Kod: PHR 119 |
Kod: PHR 120 |
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita. |
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya. |
| Kod: PHR 121 |
Kod: PHR 122 |
|
|
|